SAJAK KHAS PALESTIN,RINTIHAN PALESTIN - HELIZA HELMI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pelakon, penyanyi dan pengacara (Heliza Helmi) mendeklamasikan sajak dalam program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV....

SAJAK KHAS PALESTIN,RINTIHAN PALESTIN - HELIZA HELMI

Dari mana harus kita mulakan cinta dan kasih
Bagi merawat luka saudara kita yang pedih
Dari jauh kedengaran suara merintih

Ayah-ayah dibunuh disembelih
Ibu-ibu dinoda diperkosa
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa
Kampung halaman hancur musnah tersungkur
Tanda kemanusiaan insan yang terkubur

Aduhai Palestin...
Saban hari kami menatap penderitaanmu
Parut luka lama masih belum sembuh
Kini ia berdarah semakin parah
Air mata tangisanmu tidak mampu kami kesat
Parah lukamu tidak terdaya kami rawat
Musuh durjanamu tidak bersungguh kami sekat
Apa hujah kami nanti di akhirat
Jika ditanya apa yang kami telah buat?

Masih tergamakkah kita berdiam kaku
Tanpa menghulur tangan sedia membantu
Sedangkan kita masih mampu mengadu
Kepada Tuhan Yang Satu...

Ya Allah...dengarlah suara rintihan ini
Buat saudara kami yang dikasihi
Hentikan segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kemenangan.....






Read more ...

Seperti Apa Kelantan itu? - Sajak Meyda Sefira

بسم الله الرحمن الرحيم

Pelakon Ketika Cinta Bertasbih (Meyda Sefira) mendeklamasikan sajak dalam program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV....

Seperti Apa Kelantan itu? - Sajak Meyda Sefira

Pertama kali khabar itu datang
khabar undangan dari negeri nun jauh diseberang sana
sebuah negeri bernama Kelantan
Kelantan?

Sultan itu menjadi pertanyaan besar
pertanyaan besar yang melingkupi ruang fikirku
pertanyaan besar yang melingkupi waktuku
Seperti apa Negeri Kelantan itu?
Seperti apa masyarakatnya?
Seperti apa budayanya?

Dan waktupun terus beranjak
hingga waktu itu pun tiba
aku menjejakkan kaki di negeri yang baru
di negeri yang masih misteri di dalam pemikiranku
sedikit demi sedikit
cuba aku selami
sedikit demi sedikit
cuba aku jawab pertanyaan yang berkecamuk di pemikiranku
Oh ini Kelantan…

Sebuah negeri yang cantik
yang cantik tidak hanya dari kulit luarnya
namun cantik yang sesungguhnya
kenapa aku bisa berkata seperti itu
kerana disini aku temui lagi
kepingan ilmu yang akan terus menambah wawasanku

Disini aku temui budaya yang mengagungkan
budaya yang menjunjung tinggi nilai-nilai keislaman
budaya Islam sebagai landasan pemerintahannya
budaya Islam sebagai roh masyarakatnya
dan disini aku bertemu dengan wanita-wanita yang tangguh
wanita-wanita yang ikhlas menjalankan peranan sebagai ibu
terang sebagai madrasah ilmu pertama
untuk anak-anaknya
untuk buah hatinya
untuk pejuang-pejuang Allah

Ya Allah
sujud syukurku untuk Engkau
kerana Engkau telah ditakdirkan aku di negeri ini
di negeri In Shaa Allah penuh BerkahMu
di negeri yang penuh dengan ulamak-ulamak Mu
di negeri dengan pemimpin yang tawaduk
di negeri dimana umatMu
saling mencintai sesamanya kerana Engkau Ya Allah
Ya Allah berkahilah perjalananku ini

Ya Allah
limpahilah masyarakat
limpahilah pemimpin Negeri Kelantan
limpahi ulamak-ulamaknya
dengan petunjukMu
dengan rahmatMu
dengan nikmatMu
dengan perlindunganMu
Amin…Amin…Ya Rabbal Alamin…




Read more ...

DERITA KITA, DERITA MEREKA - PUISI USTAZ AZHAR IDRUS

بسم الله الرحمن الرحيم


Pertama kalinya Ustaz Azhar Idrus berpuisi, sempena program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV..

Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-

Derita kita….

Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,


Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…

Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…

Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..

Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,

Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,

Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,

Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…









Read more ...

Kisah Tempayan Yang Retak...

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan
berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah,
daripada membersihkan halaman,memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga
tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas
rumah dan kerja-kerja didapur.

Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di
dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan.
Malangnya salah sebuah tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurungan
kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak
satu setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama satu tahun lebih.
Satu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.
"Maafkan saya kerana selama satu tahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik.
Saya rasa sedih sangat" kata tempayan penuh kesal.
"Kenapa kamu cakap macam tu?Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki itu.
"Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak
sempurna ini".
"Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan."
Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.
Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.
"Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.
"Ya aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih dihatiku." jawab tempayan yang retak itu.
"Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit aku mula menanam
pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?"
"Tentulah kamu."
‘’Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga
itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias
dirumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan."
Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak.

~ Pengajaran : Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah
tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang
lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri.


Read more ...

Kesan Minum AIS

بسم الله الرحمن الرحيم


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 





Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Read more ...

NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMA MU - OKI SETIANA DEWI

بسم الله الرحمن الرحيم




Read more ...

Puisi "Indah Buatmu Kelantan"

بسم الله الرحمن الرحيم





Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..

Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan

9 Mac 2012
............................

Terima kasih mbak Oki diatas puisi yang menginspirasikan rakyat Kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Moga negeri, rakyat, dan pemimpin terus dibawah tadahan wahyu. Semoga kita bertemu kembali..

Ketika ditemubual Oki Setiana Dewi, perkara apakah yg paling terkesan sepanjang beliau berada di Kelantan, beliau menjawab rakyat Kelantan suka mengimarahkan ilmu. Perkara berkenaan adalah perkara paling terkesan kpd beliau. "Ketika menaiki mobil (kereta), sewaktu saya lewat (lalu) di masjid-masjid, pasti akan ada kuliah-kuliah disampaikan. Iannya bergitu terkesan kpd diri saya". Katanya lagi, apa yg beliau lihat, rakyat negeri Kelantan begitu suka dan mencintai ilmu khususnya ilmu agama.... :)


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...